Persidangan Pedagang Cina ASEAN Ke-16

2018-06-14 15:50:53  CRI
Share with:

Persidangan Pedagang Cina ASEAN ke-16 dirasmikan di Kunming provinsi Yunnan, China semalam. Persidangan kali ini bertema "era baharu, peluang baharu, perjalanan baharu, dan pembangunan baharu". Lebih 600 orang pedagang keturunan Cina dari lebih 40 negara dan kawasan menyertai persidangan kali ini.

Ahli Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC), Li Zhuobin ketika berucap merasmikan sidang kali ini berkata, pedagang Cina di negara-negara ASEAN memperkasakan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara ASEAN dengan China dan mewujudkan kerjasama menang-menang dan pembangunan bersama. Provinsi Yunnan mempunyai kelebihan dari segi lokasi dalam pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R). Beliau berharap pedagang Cina di negara-negara asing memberikan perhatian dan melabur di Yunnan.

Perjanjian dalam lima projek yang bernilai RMB2.62 bilion (RM 1.74 bilion) turut ditandatangani dalam sidang kali ini.

徐国玮