WeChat Pay Dilancarkan di Malaysia

2018-06-15 11:29:01  CRI
Share with:

WeChat Pay, sistem e-bayar dilancarkan di Malaysia bermula pada 11 Jun lalu. Sementara itu, "e-angpau" dalam ringgit turut ditawarkan.

Perkhidmatan ini memudahkan pengguna WeChat di Malaysia membayar tanpa perlu membawa tunai. Mereka boleh membayar, memberi angpau, membayar bil telefon dan menempah tiket melalui aplikasi ini.

Difahamkan, terdapat 20 juta pengguna WeChat di Malaysia. 
 

覃淼