Presiden Xi Ditemui Pompeo

2018-06-15 10:44:45  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1122987976_15289917533471n

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo di Beijing semalam.

Xi berkata, China dan AS mempunyai kepentingan bersama yang meluas dan tanggungjawab yang penting untuk memelihara keamanan dan kestabilan dunia serta menggalakkan kemakmuran global. Kedua-dua negara harus meningkatkan interaksi, memperkukuh rasa saling percaya, mengawal pertikaian, memperluas kerjasama demi menggalakkan perkembangan hubungan dua hala menuju ke arah betul dan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara ini bahkan dunia.

Pompeo pula berkata, hubungan AS dan China terus berkembang maju di bawah pimpinan presiden kedua-dua negara. Pihaknya mengutamakan hubungan dengan China dan bersedia memperkukuh interaksi dengan China dalam menangani masalah, memperkasakan kerjasama dalam pelbagai sektor dan bersama-sama menangani cabaran serantau dan sejagat.

Ketika menyebut tentang pertemuan pemimpin Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dan AS baru-baru ini, Presiden Xi menyifatkan pertemuan itu satu langkah penting menuju ke arah menyelesaikan masalah nuklear di Semenanjung Korea melalui saluran politik. China mengalu-alukan hasil pertemuan itu dan komited terus berusaha bersama-sama dengan pelbagai pihak terlibat untuk mewujudkan Semenanjung Korea bebas daripada nuklear.

Pompeo berkata, AS menyanjung usaha China dalam menyelesaikan masalah nuklear di Semenanjung Korea melalui kaedah politik. Pihaknya akan terus berusaha untuk mewujudkan pelucutan senjata nuklear dan merealisasikan kedamaian berkekalan di semananjung itu.
 

覃淼