China akan Tingkatkan Kerjasama dengan Dunia Arab

2018-06-15 13:50:40  CRI
Share with:

China akan meningkatkan kerjasama dengan negara-negara Arab dalam bidang kapasiti pengeluaran, pembangunan semula pasca perang, pembangunan kemanusiaan, interaksi kalangan rakyat dan sebagainya di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), agar memberikan sokongan kepada pembaharuan dan transformasi serta usaha mempelbagaikan ekonomi negara-negara Arab.

Jurucakapa Kementerian Luar China, Geng Shuang berkata demikian dalam sidang media di Beijing semalam.

Mesyuarat Peringkat Menteri Ke-8 Forum Kerjasama China-Arab akan diadakan di Beijing pada 10 Julai. Menteri Luar China, Wang Yi, menteri atau wakil dari negara-negara Arab, dan Setiausaha Agung Liga Arab akan menghadiri mesyuarat tersebut.

Masalah serantau dan antarabangsa yang menjadi tumpuan bersama akan dibincangkan, termasuk hubungan persahabatan tradisional China-Arab, pembinaan B&R, hubungan antarabangsa model baharu, komuniti berkongsi nasib semasa insan dan sebagainya.

梁靓