Wang Yi Ditemui Pompeo

2018-06-15 14:50:37  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo di Beijing semalam.

Dalam sidang akhbar bersama selepas pertemuan itu, Wang Yi menyatakan, tahun 2019 merupakan ulang tahun ke-40 penjalinan hubungan diplomatik China-AS dan ini dianggap masa penting dalam perkembangan hubungan kedua-dua negara. China bersedia melaksanakan persetujuan yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, saling menghormati, menumpu perhatian kepada kerjasama dan mengawal perselisihan.

Beliau menambah, kedua-dua negara harus meningkatkan kerjasama komprehenif dan menyumbang kepada perkembangan hubungan dua hala yang sihat, sambil menyelesaikan perselisihan dan masalah sensitif berdasarkan prinsip saling menghormati supaya melakar masa depan hubungan China-AS yang lebih cerah.  

胡星