Pameran Kebudayaan Bola Sepak China di Beijing

2018-06-16 14:07:22  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_9b8ee028-55cb-40fb-a01b-1728e3934e96

Pameran kebudayaan bola sepak China diadakan di Beijing pada 14 Jun hingga 16 Julai, bersempena dengan berlangsungnya Piala Dunia 2018 di Rusia. Kira-kira 500 karya yang berkaitan dengan bola sepak dipamerkan, antaranya arca, peralatan, piala, foto, buku, lukisan dan sebagainya.

Pada tahun 2004, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengesahkan bola sepak berasal dari permainan Cuju di China pada zaman dahulu.

Menurut perancang pameran ini Encik Li Xiang, pameran bertemakan bola sepak ini memperkenalkan sejarah perkembangan sukan ini di China, dan memupuk minat orang ramai terhadap sukan ini.

覃淼