Ketua Taliban Kemungkinan Terbunuh dalam Serangan Dron AS

2018-06-16 15:04:54  CRI
Share with:

Menurut laporan media Pakistan semalam, ketua militan Taliban Pakistan, Mullah Fazlullah mungkin telah dibunuh dalam serangan dron tentera Amerika Syarikat (AS) di provinsi Kunar, Afghanistan pada 13 Jun lalu. Seorang pegawai dari jabatan keselamatan Pakistan telah mengesahkan berita tersebut.

AS melancarkan serangan udara terhadap sebuah kubu Taliban di provinsi Kunar, Afghanistan, dekat dengan sempadan Pakistan Rabu lalu. Mullah Fazlullah ialah sasarannya.

Kerajaan AS, Pakistan dan Afghanistan masih belum mengesahkan kematian Mullah Fazlullah setakat ini. Kumpulan Taliban Pakistan juga masih belum memberikan respons.

梁靓