Media AS Perhatikan Perang Perdagangan dengan China

2018-06-16 14:50:15  CRI
Share with:

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan untuk menambah tarik import sebanyak 25% terhadap produk dari China yang bernilai USD50 bilion (RM210 bilion). China segera mengumumkan penambahan 25% tarif terhadap 659 jenis produk import dari AS yang bernilai USD50 bilion. Perang perdagangan yang dicetuskan oleh AS itu menarik perhatian pelbagai media AS dan turut mengalami bantahan keras daripada industri pembuatan cip dan pertanian negara itu.

Bekas Setiausaha Perdagangan AS, Carlos Gutierrez berkata, dasar AS sering berubah dan kurang selaras. Ini amat membimbangkan rakan-rakan dagangannya. Dasar menambah tarif import kali ini amat mengecewakan China. China sudah pasti akan bertindak balas.

Wall Street Journal mengulas, kebanyakan kaum tani AS tidak ingin melihat kacang soya eksport dikenakan tarif yang lebih tinggi. AS melancarkan perang perdagangan pasti akan memaksa China menambah pengimportan kacang soya dari Brazil. AS mesti mencari pasaran eksport baharu. Menurut statistik, kacang soya yang diimport China dari AS pada tahun lalu menduduki hampir dua pertiga jumlah eksport kacang soya negara itu.

 

徐国玮