China Bertindak Balas, Naikkan Tarif Import AS

2018-06-16 14:49:29  CRI
Share with:

Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) semalam mengumumkan senarai muktamad tentang penambahan 25% tarif import terhadap produk dari China yang bernilai USD50 bilion (RM210 bilion). Senarai itu hampir sama dengan senarai yang diumumkannya pada awal April yang lalu. Namun Washington tidak menyebut tarif itu dikuatkuasakan serta merta.
 
Kementerian Perdagangan China segera mengeluarkan kenyataan yang menegaskan, AS tidak mempedulikan konsensus yang telah dicapai sebelum ini, mengubah dasar dan melancarkan perang perdagangan. Tindakan ini menjejaskan kepentingan kedua-dua negara dan order perdagangan antarabangsa. China akan segera mengambil tindakan balas menambah tarif import terhadap produk AS pada jumlah dan taraf yang sama. Selain itu, semua hasil rundingan ekonomi dan perdagangan yang dicapai sebelum ini tidak sah lagi.

Fakta sejarah membuktikan bahawa perang perdagangan bercanggahan dengan trend perkembangan dunia. China tidak ingin terlibat dalam perang perdagangan, tetapi tidak takut untuk melawan AS dalam perang perdagangan ini. Tindakan balas China kali ini adalah sah dan berdasarkan undang-undang berkenaan dan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

徐国玮