Rusia Seru PBB Pinda Sekatan terhadap DPRK

2018-06-17 16:03:42  CRI
Share with:

Pemindaan sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) antara langkah pengting untuk membawa situasi Semenanjung Korea kembali  normal.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova melahirkan seruan itu dalam sidang media di Moscow semalam.   

Beliau berkata, setelah pertemuan pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dengan Amerika Syarikat (AS) diadakan dengan jayanya, proses penyelesaian isu Semenanjung Korea telah dibawa ke landasan "peta garisan" yang ditetapkan oleh Rusia dan China. Pelbagai pihak harus berusaha bersama untuk menyelesaikan masalah itu secara berperingkat.

胡星