Delegasi NPC China Melawat AS

2018-06-17 14:23:18  CRI
Share with:

Delegasi Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) yang diketuai oleh Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Wang Chen mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat (AS), atas undangan Kongres AS, pada 13 hingga 16 Jun.

Delegasi itu telah menemui Speaker Dewan Perwakilan AS, Paul Davis Ryan Jr., pemangku Ketua Senet, Orrin Hatch dan pegawai-pegawai lain.

Dalam pertemuan, Wang telah menjelaskan dasar dan pendirian China dalam sektor ekonomi dan perdagangan luar, harta intelek dan undang-undang berkenaan. Beliau menggesa AS memandang hubungan kedua-dua negara ini dari perspektif yang strategik dan menyeluruh, menangani isu sensitif dan pertikaian dengan sebaik-baiknya.

Beliau menegaskan, China dan AS perlu mengekalkan prinsip saling menghormati, bekerjasama untuk mewujudkan situasi menang-menang.

Pihak AS menyatakan bahawa mereka amat memberikan tumpuan terhadap hubungan dengan China dan bersedia memperkasakan interaksi dengan China bagi meningkatkan persefahaman dan kerjasama.

覃淼