IS Aku Bertanggungjawab Atas Serangan di Afghanistan

2018-06-17 14:52:59  CRI
Share with:

Pertubuhan ekstremis Negara Islam (IS) dalam kenyataan malam semalam mengaku bertanggungjawab melakukan letupan kereta dalam satu perhimpunan di Dzhalal-Abad, ibu kota provinsi Nanagarhar, timur Afghanistan petang semalam.

Untuk meraikan persetujuan gencatan senjata yang dicapai antara kerajaan Afghanistan dengan Taliban sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai orang berhimpun di kawasan luar bandar Dzhalal-Abad. Sebuah kereta yang dipasang bahan letupan meletup ketika perhimpunan diadakan.

Menurut jurucakap kerajaan provinsi Nanagarhar, ini merupakan satu serangan berani mati. Sekurang-kurangnya 26 maut dan 54 lagi cedera dalam kejadian ini, termasuk anggota Taliban dan pegawai keselamatan Afghanistan.

IS mengakui bertanggungjawab atas serangan tersebut melalui Agensi Berita Amaq semalam. 

梁靓