Platfom 'Go Global with Ebay' Tarik 3,500 Perniagaan Malaysia

2018-06-17 14:52:08  CRI
Share with:

Platform e-dagang global, eBay, yang melancarkan inisiatif 'Go Global with eBay' hampir setahun lepas, berjaya menarik lebih 3,500 perniagaan Malaysia.

Ketua Pertumbuhan Jualan (dagangan Rentas Sempadan SEA) Wong Mei Inn berkata eBay memberi tumpuan kepada penawaran sokongan penjual tempatan memangkinkan pertumbuhan dagangan merentas sempadan dalam negara.

Beliau berkata, usaha di Malaysia kini disetempatkan di seluruh ASEAN dengan tumpuan kepada Thailand, Singapura dan Indonesia.

Wong berkata penjual yang layak untuk Program Akaun Terurus ini boleh mengurus barangan mereka dengan lebih cekap, dengan akses kepada gudang luar negara, di samping kerjasama dengan syarikat pengangkutan dan pembekal pihak ketiga melalui eBay.

Beliau menambah, tumpuannya bagi meningkatkan pertumbuhan jualan di Malaysia adalah untuk membolehkan usahawan tempatan berkembang ke peringkat global.

Perniagaan Malaysia bukan sahaja berpeluang untuk mengembangkan perniagaan mereka di pasaran tempatan. Berada di eBay membolehkan mereka meneroka pasaran global eBay - diakses oleh 170 juta pembeli aktif yang membeli barangan di seluruh dunia dari lebih satu bilion penyenaraian di pasaran ini.

Sumber: Bernama

梁靓