Festival Filem Antarabangsa Shanghai ke-21 Dirasmikan

2018-06-17 14:18:44  CRI
Share with:

Festival Filem Antarabangsa Shanghai ke-21 dirasmikan di Shanghai semalam.

Presiden Kumpulan Media China, Shen Haixiong merasmikan festival ini.

Sebanyak 3,447 filem dari 108 buah negara dan kawasan menyertai pemilihan festival filem ini, antaranya 13 buah filem masuk fasa pemilihan akhir untuk Anugerah Golden Goblet, termasuk "Friday’s Child", "Hattrick", "A hole in the head", dan "Lost, find".

Majlis penyampaian anugerah akan diadakan pada 24 Jun. Dalam pada itu, Persekutuan Festival Filem Jalur dan Laluan (B&R) akan ditubuhkan, minggu filem B&R, pameran filem B&R dan seminar meja bulat turut akan diadakan sempena festival ini. 
 

覃淼