Israel Beri Amaran Serang Kehadiran Iran di Syria

2018-06-18 12:53:30  CRI
Share with:
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengeluarkan amaran bahawa pihaknya akan terus mengambil tindakan terhadap kehadiran tentera Iran di Syria.

Dalam mesyuarat mingguan Kabinet, Netanyahu menyatakan bahawa Iran mesti mengundurkan tenteranya dari Syria. Israel akan terus mengambil tindakan untuk menghalang kehadiran tentera Teheran di negara tersebut.

Baru-baru ini, beliau telah menghubungi Presiden Rusia, Vladimir Putin serta Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menerusi telefon untuk membincangkan situasi serantau, termasuk isu Syria.

Israel telah lama mengecam Iran memperluas lingkungan pengaruhnya di Asia Barat, sambil menegaskan tidak akan membiarkan Iran menjadikan Syria pertapakan hadapan untuk berkonfrontasi dengan Israel.

Menteri Luar Syria, Walid Muallem bagaimanapun menyatakan bahawa kehadiran Iran di Syria adalah atas tuntutan kerajaan Syria, dengan tujuan menyediakan bantuan nasihat kepada tentara Syria.
张弘