Ekonomi China Kekalkan Momentum Kukuh

2018-06-18 14:47:33  CRI
Share with:

Ekonomi China dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan mapan seiring strukturnya semakin dioptimumkan dan munculnya pelbagai penjana baharu.

Statistik terkini menunjukkan, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, nilai tambah industri berskala besar di China meningkat 6.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam pada itu, penggunaan serta inovasi sains dan teknologi tetap menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi.

Dalam tempoh yang sama, jualan runcit di pasaran seluruh negara naik 9.5%, antaranya jualan menerusi platform e-dagang meningkat 30.7%.

 

Sementara itu, kerjasama pelaburan antara China dengan pelbagai negara terus berkembang dengan stabil.

Menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan China, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, jumlah pelaburan di seluruh negara mencecah USD47.9 bilion, iaitu meningkat hampir 40% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Di samping itu, jumlah pelaburan China di negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) meningkat 8.2%.

Menurut jurucakap Kementerian Perdagangan China, di samping merangsang pengimportan, China juga akan berusaha menggalakkan pengeskportan.

Jurucakap itu bagaimanapun berkata pengeksportan pada masa akan datang tidak semata-mata mengejar skala dan kepesatan pertumbuhan, sebaliknya akan lebih memfokuskan kualiti dan keefisienan.

 

张哲