Feri Tenggelam di Sumatera Utara, 1 Maut

2018-06-19 11:53:50  CRI
Share with:

Insiden feri tenggelam di Tasik Danau Toba, wilayah Sumatera Utara, Indonesia telah menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala kira-kira 40 orang hilang.

Kemalangan itu berlaku kira-kira pada pukul 5.30 petang semalam waktu tempatan, apabila feri yang dinaiki kira-kira 80 penumpang berada lebih kurang 1.6 kilometer dari jeti. 

Mayat seorang mangsa telah ditemui anggota penyelamat setakat ini.

33 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

张哲