Jurucakap MOC China Beri Komen Kenyataan Perdagangan White House

2018-06-19 16:38:25  CRI
Share with:
AS dalam kenyataan pada 18 Jun mengugut akan mengenal pasti produk China bernilai USD200 bilion (RM7.9 trilion)yang dikenakan tarif tambahan, tiga hari selepas mengumumkan rancangan menaikkan tarif import terhadap produk China bernilai USD50 bilion (RM210 bilion).

Jurucakap Kementerian Perdagangan China (MOC) menyatakan jika AS berdegil mengambil tindakan perdagangan yang tidak rasional itu, China tidak ada pilihan melainkan terus mengambil tindakan balas. 

Jurucakap itu menyifatkan kenyataan White House tersebut bertentangan dengan konsensus yang dicapai di Washington sebelum ini, dan mengecewakan masyarakat antarabangsa. 

Katanya, perang perdagangan yang dilancarkan AS melanggar hukum pasaran, serta menjejaskan kepentingan rakyat dan syarikat kedua-dua negara. 

Respons China bertujuan mempertahankan kepentingan negara, juga untuk menjaga sistem perdagangan bebas dan kepentingan bersama semua. 

Tidak kira apa perubahan yang berlaku pada persekitaran luar, China akan berpegang teguh pada visi pembangunan berpaksikan rakyat, di samping mempertingkat pembaharuan dan keterbukaan, menjana pembangunan ekonomi yang berkualiti serta mempercepat pembentukan sistem ekonomi moden.   
张薇