Forum Pertubuhan Wartawan B&R

2018-06-21 12:55:48  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_9e49647f8999

Forum Pertubuhan Wartawan "Jalur dan Laluan" (B&R) 2018 diadakan di Beijing semalam, dengan tema "membentuk pola baharu kerjasama media B&R".

Hampir 100 wakil pertubuhan wartawan dan media dari 47 negara dan wilayah menyertai forum tersebut, termasuk pengerusi dan naib pengerusi 24 pertubuhan wartawan peringkat negara atau serantau.

Antara hasil forum itu, meluluskan "Konsensus Kerjasama Pertubuhan Wartawan B&R", bersetuju menggalakkan pembentukan mekanisme kerjasama yang berkaitan, membuka sekretariat Forum Pertubuhan Wartawan B&R, dan merancang penubuhan Persatuan Pertubuhan Wartawan B&R.

Persatuan Wartawan China (ACJA) telah memeterai perjanjian kerjasama dan pertukaran media B&R dengan pertubuhan wartawan dari lebih 20 negara dan wilayah.

Forum tersebut dianjurkan oleh ACJA dengan kerjasama Kumpulan Media China dan Universiti Komunikasi China (CUC).

张弘