Vietnam Komited Terhadap CLMV

2018-06-22 14:04:05  CRI
Share with:

Vietnam komited memberi sumbangan kepada mekanisme kerjasama Kemboja-Laos-Myanmar-Vietnam (CLMV).

Dalam pada itu, Vietnam bersedia membantu syarikat dari tiga negara lain menyertai pameran perdagangan di Vietnam, membina sistem pentadbiran elektronik, meningkatkan tahap pendigitalan, selain menawarkan biasiswa kepada pelajar dari tiga negara tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc ketika menghadiri Sidang Kemuncak CLMV ke-9 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Kata beliau, mengurangkan jurang pembangunan dengan negara-negara ASEAN yang lain amat penting bagi CLMV. Pembangunan ekonomi empat negara juga bermanfaat bagi kemakmuran ASEAN.

Untuk sasaran tersebut, kerjasama melibatkan infrastruktur, pertanian, pelancongan dan latihan sumber manusia patut dipertingkat, di samping mencipta persekitaran perniagaan yang baik.

Usaha juga perlu dilakukan untuk menerapkan CLMV dalam mekanisme kerjasama di lembangan Sungai Mekong, serta meningkatkan penyelarasan strategi kerjasama jangka panjang dan sederhana.

张弘