Presiden Xi Temu Wakil Majlis CEO Global

2018-06-22 12:51:18  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123017970_15295892998451n

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan eksekutif syarikat multinasional terkemuka dunia yang berada di Beijing untuk menghadiri sesi khas sidang kemuncak meja bulat Majlis CEO Global, di Wisma Tamu Negara Diaoyutai semalam.


Mereka bertukar-tukar pendapat mengenai inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), inovasi dan pembuatan pintar, pembangunan hujau, tadbir urus global, dan lain-lain.

Xi menyatakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka telah dilaksanakan selama 40 tahun di China. Syarikat-syarikat tersebut merupakan peserta, saksi dan penyumbang penting dalam proses itu, dan juga mendapat keuntungan besar daripadanya.

Sejak tahun lalu, ekonomi global berkembang dengan stabil dan semakin baik. Bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi tetap kurang dinamik. Faham perlindungan perdagangan, pemencilan dan populisme turut bangkit, sementara kedamaian dan pembangunan dunia berdepan cabaran semakin serius.

China bersedia bersama-sama semua negara membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

China menggalakkan syarikat multinasional bekerjasama dengan syarikat China dalam rangka inisiatif B&R demi keuntungan bersama.

China akan terus melonggarkan akses pasaran, mencipta persekitaran lebih kondusif untuk pelaburan, meningkatkan perlindungan terhadap hak harta intelek, meluaskan pengimportan, dan menawarkan suasana yang lebih longgar dan teratur bagi pelabur tempatan dan asing.
 

图片默认标题_fororder_1123017970_15295893000251n

Para usahawan yang hadir menilai tinggi pencapaian China dalam pembaharuan dan keterbukaan, serta sumbangan China terhadap pertumbuhan ekonomi dunia.


Mereka menyuarakan perasaan berbesar hati kerana dapat menyertai pembaharuan China dalam tempoh 40 tahun lalu, sambil menyatakan mereka turut mendapat faedah daripada pembangunan China.

Para eksekutif memuji pendirian teguh China yang menyokong globalisasi dan menentang perlindungan perdagangan.

Mereka menyatakan sumbangan China dalam menggalakkan pemuktamadan perjanjian perubahan iklim Paris memperlihatkan peranan negara ini dalam menerajui pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

B&R, inisiatif yang sesuai dengan arus sezaman dan bakal membawa kemakmuran kepada negara-negara terlibat.

Syarikat-syarikat multinasional bersedia aktif menyertai pembangunan B&R dan meningkatkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang untuk mencapai perkembangan lebih besar dan maju bersama dengan ekonomi China.
张弘