India Naik Tarif Sebahagian Produk AS

2018-06-22 15:20:29  CRI
Share with:

Kerajaan India memutuskan meningkatkan tarif terhadap sebahagian produk pertanian, besi dan keluli yang diimport dari AS bermula 4 Ogos, sebagai membalas tindakan AS mengenakan tarif tambahan terhadap produk keluli dan aluminium India. 

India dilaporkan telah menyerahkan senarai 30 jenis produk AS yang bakal dikenakan tarif tambahan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada minggu lepas.

AS merupakan pasaran eksport terbesar bagi India. India mengeksport produk keluli dan aluminium yang bernilai kira-kira USD1.5 bilion kepada AS setiap tahun.

Tindakan AS mengenakan tarif pada kadar 25% dan 10% terhadap produk keluli dan aluminium India, bermakna membawa tanggungan tarif kira-kira USD241 juta kepada negara itu.

张哲