Wawasan Komuniti Berkongsi Nasib Ruang Angkasa

2018-06-22 15:22:04  CRI
Share with:

Mesyuarat peringkat tinggi bagi memperingati ulang tahun ke-50 Persidangan Penggunaan Angkasa Lepas Secara Aman PBB (COPUOS) membuka tirai di Vienna kelmarin. 

Mesyuarat itu meluluskan dokumen yang buat kali pertama memaktubkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan saranan China dalam penggunaan ruang angkasa secara damai.

China menyeru kerjasama antarabangsa dalam penggunaan ruang angkasa secara damai diperkasakan untuk merealisasikan wawasan komuniti berkongsi nasib demi keuntungan dan kepentingan semua.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media di Beijing semalam berkata, wawasan itu sesuai dengan aspirasi masyarakat antarabangsa dan keperluan tadbir urus ruang angkasa. 

China bersedia bersama-sama semua negara memberi sumbangan yang lebih besar untuk merealisasikan wawasan tersebut.
 

张薇