Masyarakat Antarabangsa Kesal AS Undur dari UNHRC

2018-06-22 15:19:14  CRI
Share with:

Masyarakat antarabangsa melahirkan rasa kesal terhadap tindakan AS menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Majlis Persekutuan Rusia, Konstantin Kosachev mengeluarkan kenyataan menerusi media sosial bahawa pengunduran AS daripada UNHRC tidak memperlihatkan kekuatan negara itu, tetapi menggambarkan kelemahan dan ketidakmampuannya mempertahankan pendirian. 

Menteri Luar Australia, Julie Bishop dalam kenyataannya melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan AS itu. Kata beliau, pihaknya berharap AS kekal sebagai anggota UNHRC.

Kementerian Luar Mexico dalam kenyataan pada 20 Jun pula berkata bahawa pengunduran AS daripada UNHRC tidak dapat mengecualikan negara itu daripada menunaikan kewajipan antarabangsa dalam memperjuangkan hak asasi manusia.

张哲