Vietnam Perkenal Sistem Bayaran Kod QR UnionPay

2018-06-22 14:07:57  CRI
Share with:
UnionPay International China menjalin kerjasama dengan VNPAY, pengendali sistem pembayaran kod QR terbesar di Vietnam semalam.

Sebanyak 30 ribu kedai di Vietnam akan menerima bayaran melalui kod QR UnionPay bermula akhir bulan Oktober nanti.

Kerjasama tersebut membolehkan semua kedai yang menggunakan sistem pembayaran kod QR VNPAY menyokong pembayaran kod QR UnionPay.

Kedua-dua pihak akan berkerjasama meneroka penggunaan kod QR dalam e-niaga. Pengguna kad UnionPay akan dapat membeli tiket penerbangan atau filem melalui aplikasi mudah alih dengan menggunakan kod QR UnionPay di Vietnam.

Kini, hampir semua ATM dan lebih 90% kedai di Vietnam menyokong pembayaran kad UnionPay. Pelbagai syarikat penerbangan utama di negara itu juga telah menyokong pembelian tiket melalui aplikasi mudah alih dengan menggunakan kad UnionPay.
张弘