Moscow, Seoul Komited Realisasikan Semenanjung Bebas Nuklear

2018-06-23 15:30:27  CRI
Share with:
Rusia dan Korea Selatan akan terus berusaha ke arah merealisasikan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear.

Presiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Moon Jae-in mengeluarkan kenyataan bersama itu selepas pertemuan di Moscow semalam. 

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak mengalu-alukan hasil positif pertemuan pemimpin Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dan AS di Singapura, dan berharap konsensus yang dicapai dalam pertemuan tersebut dapat membantu mewujudkan keamanan berkekalan di Semenanjung Korea dan keadaan bebas senjata nuklear yang menyeluruh.

Kenyataan itu juga menyebut, Rusia dan Korea Selatan akan memperkasakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta kebudayaan, di samping bersetuju mengkaji kerjasama melibatkan projek ekonomi antara Rusia, Korea Selatan dan DPRK.

Moon Jae-in  membuat lawatan rasmi  selama tiga hari ke Rusia bermula 19 Jun. Ini merupakan lawatan  pertama Presiden Korea Selatan ke Rusia sejak 19 tahun lalu. 
 
张弘