Pesta kebudayaan Thailand di Beijing

2018-06-24 17:03:58  CRI
Share with:
Pesta kebudayaan yang memaparkan adat resam masyarakat Thailand diadakan di Kedutaan Besar Thailand di Beijing semalam.
 
Aktiviti itu menarik kedatangan lebih 2,000 penduduk tempatan dan sebahagian warga Thailand yang bekerja, belajar dan hidup di Beijing.
 
Duta Besar Thailand, Piriya Khempon dalam ucapannya pada majlis perasmian berkata Thailand mempunyai landskap alam semula jadi yang mempesona, serta kaya dengan seni budaya warisan. 

Rakyat China  dialu-alukan melancong ke Thailand untuk mengenal  keistimewaan pesonanya  secara menyeluruh.

Menurut statistik, kini China telah menjadi sumber pelancong terbesar bagi Thailand. Jumlah pelancong China ke Thailand melebihi 9.8 juta pada tahun lalu, sekali gus menjana pendapatan lebih USD15.8 bilion untuk negara itu. 

Jabatan pelancongan Thailand menjangka akan menerima kedatangan 100 juta pelancong dari tanah besar China sepanjang tahun ini. 

 

张薇