CIIE Perlihat Komitmen China Tingkat Keterbukaan

2018-06-24 16:07:44  CRI
Share with:

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China. 

Presiden Xi Jinping mengumumkan China akan menganjurkan Ekspo Import Antarabangsa (CIIE) bermula 2018 bagi memperlihatkan komitmen negara ini untuk terus meningkatkan pembaharuan dan keterbukaan serta mempertahankan sistem perdagangan multilateral global. 

Ketua Pengarah Agensi Promosi Eksport dan Pelaburan Brazil (APEX) yang juga mantan Duta Besar Brazil ke China, Roberto Jaguaribe dalam satu temu bual berkata kerajaan Brazil memberi sokongan penuh kepada penganjuran ekspo tersebut, di samping memuji sumbangan China terhadap pertumbuhan perdagangan global.  

Beliau berkata, China kini tampil di pentas dunia dengan imej yang lebih terbuka dan berkeyakinan. Brazil memperoleh manfaat daripada pelaburan China. China sudah menjadi sumber pelaburan utama bagi Brazil terutamanya dalam bidang tenaga elektrik dan sumber tenaga.

Tambah beliau, Brazil bimbang akan kecenderungan unilateralisme dan perlindungan perdagangan. Brazil dan China merupakan penjaga sistem perdagangan bebas dan mekanisme mutilateral. Brazil berharap supaya pergeseran perdagangan antarabangsa dapat diselesaikan dengan baik.

 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张哲