Xi: Buka Dimensi Baharu Diplomasi Bercirikan China

2018-06-24 14:55:42  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_2018062320395835322

Presiden Xi Jinping mahu usaha dilipatgandakan untuk membuka dimensi baharu diplomasi negara besar yang bercirikan China, dengan berpandukan pemikiran diplomasi sosialisme bercirikan China pada era baharu.

Dalam persidangan kerja Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengenai hal ehwal luar, Xi menekankan perlunya memfokuskan perjuangan demi merealisasikan kebangkitan bangsa dan menggalakkan kemajuan umat manusia, serta membuat sumbangan kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, turut menggesa semua pihak dengan teguh mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara, di samping aktif menyertai pembaharuan sistem tadbir urus global dan menjalin rangkaian perkongsian global yang lebih sempurna.

Beliau menyatakan bahawa dalam tempoh lima tahun akan datang, panji komuniti berkongsi nasib sesama insan harus dijunjung untuk membantu menjadikan sistem tadbir urus global lebih adil dan rasional, sementara pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R) hendaklah diperkukuh dan diperdalam berdasarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi.

Xi juga menekankan perlunya terus mengendalikan hubungan luar negara secara baik, termasuk dengan kuasa besar, negara-negara jiran dan negara-negara membangun, bagi menyingkap lembaran baharu pembangunan bersama.

Persidangan yang berlangsung pada 22 hingga 23 Jun itu dihadiri semua anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC serta Naib Presiden China, Wang Qishan.

Hasil paling penting persidangan itu adalah menentukan kedudukan pemikiran diplomasi Xi Jinping sebagai panduan bagi hal ehwal luar China pada era baharu ini.

张弘