Sambutan Ulang Tahun Perkongsian Strategik China-ASEAN di Bali

2018-06-25 13:35:32  CRI
Share with:
Pertunjukan Kesenian Artis China dan Indonesia telah diadakan di Bali, Indonesia sempena sambutan ulang tahun ke-15 perkongsian strategik China-ASEAN. 

Pertunjukan itu dianjurkan bersama oleh Konsulat Jeneral China di Denpasar dan kerajaan tempatan.

Konsul Jeneral China, Gou Haodong dalam ucapannya berkata, lawatan Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Indonesia bulan lalu berjaya mengintensifkan pertukaran dan kerjasama dua hala. Lawatan itu diatur bertepatan dengan ulang tahun China-ASEAN tersebut serta ulang tahun ke-5 perkongsian strategik komprehensif China-Indonesia.

Gou menyatakan bahawa pada empat bulan pertama tahun ini, pelancong China ke Bali melebihi 420 ribu orang, membolehkan China mengekalkan status sumber pelancong terbesar pulau itu. Pihaknya bersedia bersama-sama masyarakat tempatan untuk terus menggalakkan perkembangan hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Ketua Pejabat Pelancongan Bali berkata, China telah membekalkan pengalaman yang amat berharga kepada Indonesia terutamanya dalam pembangunan ekonomi pulau Bali. Indonesia bersedia memelihara hubungan persahabatan dengan China dan berharap kedua-dua pihak terus mengeratkan kerjasama demi kesejahteraan rakyat.
曹捷