Letupan di Zimbabwe Dikutuk

2018-06-25 13:38:17  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengutuk letupan bom menyasarkan sebuah perhimpunan kempen pilihan raya di Bulawayo, Zimbabwe kelmarin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi jurucakapnya semalam, Guterres menggesa agar pelaku dibawa ke muka pengadilan, selain mendoakan mangsa yang cedera cepat sembuh.

Dimaklumkan, letupan yang berlaku ketika Presiden Emmerson Mnangagwa berucap kepada penyokongnya, mengakibatkan ramai pegawai kerajaan, termasuk Timbalan Presiden, Kembo Mohadi serta orang awam cedera.

高蕾