Sidang Menteri Alam Sekitar Tiga Negara

2018-06-25 13:32:29  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_W020180625336794683090


Sidang Menteri-menteri Alam Sekitar China, Jepun dan Korea Selatan ke-20 diadakan di Suzhou pada 23 hingga 24 Jun lalu.

Sidang itu dihadiri oleh delegasi dari ketiga-tiga negara, yang masing-masing diketuai Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China, Li Ganjie, Menteri Alam Sekitar Jepun, Nakagawa Masaharu dan Menteri Alam Sekitar Korea Selatan, Kim Eun-kyung.

Masa depan dan hala tuju kerjasama tiga negara telah dibincangkan, yang turut membawa kepada pemeteraian sebuah pengumuman bersama.

Li Ganjie menyatakan bahawa sepanjang tahun lalu, kerajaan China telah membuat keputusan penting mengenai pembinaan tamadun ekologi dan perlindungan alam ekologi, termasuk dari segi konsep, perancangan, jaminan undang-undang dan pembaharuan sistem. Pencapaian China dalam tempoh itu amat ketara.

Beliau menegaskan bahawa China juga aktif melibatkan diri dalam tadbir urus alam sekitar sejagat. China telah meratifikasikan lebih 30 buah konvensyen pelbagai hala atau protokol melibatkan ekologi, di samping menggalakkan pembinaan platform perkhidmatan data besar inisiatif "Jalur dan Laluan" dan perlindungan alam ekologi serta mengambil bahagian dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi perubahan iklim.

曹捷