"Out of Paradise", Filem Terbaik SIFF ke-21

2018-06-25 13:18:47  CRI
Share with:

Majlis Penyampaian Anugerah "Golden Goblet" Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) ke-21 telah diadakan di Teater Shanghai malam semalam.

"Out of Paradise" filem terbitan bersama Switzerland dan Mongolia memenangi Anugerah Filem Terbaik, manakala "Ala Changso" terbitan China memperoleh Anugerah Khas Juri dan Anugerah Skrip Terbaik dalam SIFF kali ini.

Rodrigo Barriuso, pengarah filem "A Translator" terbitan bersama Cuba dan Kanada merebut Anugerah Pengarah Terbaik. Tye Sheridan, pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya dalam filem "Friday's Child".
Isabelle Blais memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam filem "Tadoussac".

Selain 118 filem China, SIFF kali ini mengadakan tayangan perdana bagi 47 filem di seluruh dunia dan bagi 84 filem di seluruh Asia, sekali gus memberi pendedahan tentang filem asing yang unggul kepada penonton China.

周乔西