Xi Jinping Ditemui PM Perancis

2018-06-25 17:05:55  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_xjp

China bersedia memperkaya perkongsian strategik komprehensif dengan Perancis, dan menjadi teladan antara negara yang saling hormat, saling untung dan saling belajar.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe di Beijing hari ini.

Beliau berkata, China menghargai kerjasama Perancis yang aktif terlibat dalam pembangunan inisatif "Jalan dan Jalur" (B&R). China bersedia merealisasikan penyelarasan strategi berhubung B&R dengan Perancis dan Kesatuan Eropah (EU). Kedua-dua pihak diseru mengamalkan multilateralisme, mengekalkan keadilan, dan memelihara tata tertib hubungan antarabangsa.

Philippe berpendapat lawatan Presiden Perancis, Emmanuel Macron ke China pada awal tahun ini amat berjaya. Katanya, Perancis berkeyakinan penuh terhadap hubungan dengan China, dan bersedia memperkasakan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, budaya, nuklear untuk kegunaan awam, serta aeronautik dan astronautik.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
高蕾