Lubnan Anggota Baharu AIIB

2018-06-27 14:35:36  CRI
Share with:

Majlis Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) telah mengesahkan keanggotaan Lubnan, menjadikan jumlah keseluruhan anggota pertubuhan itu 87 pada masa ini.

Keanggotaan Lubnan diumumkan oleh Presiden AIIB, Jin Liqun dalam taklimat media susulan sidang tahunan ke-3 Majlis AIIB di Mumbai, India pada 25 hingga 26 Jun.

Naib Presiden AIIB, Sir Danny Alexander menyatakan pihaknya berharap Lubnan akan memainkan peranan yang positif dalam pertubuhan itu.

Sidang tahunan AIIB tahun ini bertemakan "Membantu Pembiayaan Infrastruktur--Inovasi dan Kerjasama", yang disertai lebih 3,000 wakil dari pelbagai negara, pertubuhan antarabangsa dan badan media.

Setakat ini, AIIB telah menyediakan lebih USD5.34 bilion (RM21.5 bilion) bagi pembinaan infrastruktur dan merancang melabur atau meminjamkan dana sebanyak USD3.5 bilion (RM14 bilion) kepada India, Bangladesh, Turki dan Mesir bagi menyokong projek kesalinghubungan strategik di Asia dan Afrika pada tahun ini.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
曹捷