Jordan tidak akan menerima lagi pelarian Syria berikutan kemampuan yang tidak mencukupi.
Perdana Menteri Jordan, Omar Razzaz berkata demikian kepada media selepas ditemui Speaker Dewan Rakyat Jordan semalam.
Kata beliau, pelarian Syria yang berada di wilayah Jordan telah menjadi beban yang amat besar yang tidak dapat ditanggung oleh Jordan.
Razzaz menyatakan bahawa Jordan amat bersimpati terhadap kesengsaraan yang dialami rakyat Syria dan berharap semua pihak terbabit mencapai penyelesaian politik dengan secepat mungkin.
Menurut maklumat agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 45 ribu rakyat Syria sedang bergerak ke sempadan Jordan dari kawasan selatan Syria ekoran pertempuran sengit di kawasan itu.
Menurut data yang diumumkan kerajaan Jordan, setakat ini, Jordan telah menerima kira-kira 1.3 juta pelarian Syria yang amat membebani sosioekonomi negara itu.
komen()