China, AS Ikrar Mantapkan Hubungan Angkatan Tentera Dua Hala

2018-06-27 19:31:40  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_fanfg2

图片默认标题_fororder_fanfg

图片默认标题_fororder_fanfg3

Pembangunan secara damai adalah prinsip yang sentiasa dipegang teguh oleh China. Angkatan tentera China juga tetap mempertahankan hak kedaulatan dan kepentingan negara sepanjang pelaksanaan dasar keselamatan dan pembangunan. 

Pembangunan bersama China dengan Amerika Syarikat (AS) akan digalakkan dalam konteks saling menghormati, bekerjasama dan situasi menang-menang.

Demikian ujar Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Pertahanan, Wei Fenghe ketika ditemui Setiausaha Pertahanan AS, James Mattis yang sedang dalam rangka lawatan ke Beijing pagi tadi.

Wei berkata, angkatan tentera kedua-dua negara patutlah melaksanakan persepakatan yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua pihak sebelum ini, meningkatkan rasa saling mempercayai dan mengambil langkah-langkah bagi mengawal risiko.

Mattis berkata,   pembangunan AS bahkan seluruh dunia memanfaatkan pembangunan China. Kedua-dua negara harus mengekalkan hubungan dua hala yang harmoni. AS amat mementingkan pembinaan hubungan angkatan tentera kedua-dua negara, dan bersedia terus memperluas saluran untuk berdialog dengan menyempurnakan mekanisme komunikasi yang sedia ada.

 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
周乔西