Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersepakat untuk memperhebat kerjasama dalam bidang pertahanan dan ketenteraan.
Menurut kenyataan Pejabat Presiden Turki, Trump mengucapkan tahniah kepada Erdogan atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden menerusi telefon.
Kedua-dua pihak turut menekankan semula pentingnya pelaksanaan peta garisan bagi menamatkan konflik serta kempen membanteras kumpulan pengganas.
Kedua-dua presiden akan bermesyuarat dalam Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dijadualkan pada bulan depan.
komen()