China, AS Komited Kawal Risiko demi Pembangunan Hubungan Bilateral

2018-06-27 21:23:06  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123046190_15301046986081n

Hubungan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) merupakan salah satu hubungan dua hala yang paling penting di dunia pada masa ini. 

Pertukaran antara kedua-dua negara terbukti dikekalkan dengan baik sejak hubungan diplomatik dua hala dijalinkan 40 tahun yang lalu. Rakyat kedua-dua negara juga dapat menikmati hasil yang tercapai dalam hubungan bilateral tersebut yang berkembang secara stabil. Hal ini dilihat membawa manfaat kepada keamanan dan kemakmuran serantau bahkan seluruh dunia. 

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan Setiausaha Pertahanan AS, James N. Mattis di Dewan Rakyat Beijing petang tadi. Xi menegaskan bahawa China dan AS memiliki kepentingan bersama yang menyeluruh dalam pelbagai bidang. Dalam konteks ini, kedua-dua negara patut terus mempererat hubungan dua hala berlandaskan prinsip saling menghormati dan bekerjasama.

 图片默认标题_fororder_xi2

Tambah beliau, interaksi angkatan tentera dari pelbagai lapisan harus diperhebat supaya mengelakkan salah faham dan berlakunya kecurigaan antara satu sama lain. 

Mattis berkata, hubungan angkatan tentera AS dengan China dilihat memainkan peranan signifikan yang bersifat membina dalam perkembangan hubungan dua hala. AS bersedia memperkasakan komunikasi strategi, memperluas kerjasama yang saling menguntungkan dengan China, selain mengambil langkah-langkah untuk mengawal risiko dan mengelakkan berlakunya konfrontasi.

周乔西