
Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Perancis, Edouard Philippe menghadiri forum usahawan industri pembuatan, tenaga dan kewangan dari kedua-dua negara di Dewan Rakyat di Beijing kelmarin.
Menyentuh kerjasama teknologi bertaraf tinggi, Li berkata, China mengalu-alukan syarikat Perancis memperhebat kerjasama dalam bidang tersebut. Selain itu, China akan melindungi harta intelek dan melarang pemindahan teknologi secara paksa.
Ditanya tentang pertukaran sumber manusia, Li berkata, China yang sedang aktif melaksanakan pembaharuan dan keterbukaan, akan menyediakan lebih banyak kemudahan kepada usahawan dan peniaga asing serta memperluas skala pertukaran berkenaan.
Kata Edouard Philippe pula, pihaknya berasa gembira terhadap hasil yang tercapai setakat ini, dan menyokong kerjasama dirunding dalam suasana yang terbuka dan ikhlas. Perancis menanti-nantikan pelaburan dari China.
komen()