China dan Singapura Tingkatkan Kerjasama

2018-06-30 14:43:00  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123059364_15303321112481n

Anggota Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Naib Perdana Menteri, Han Zheng telah ditemui Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam.

Han Zheng menyatakan, China dan Singapura telah menjalankan kerjasama yang saling membelajari serta saling menguntungkan dan mewujudkan situasi menang-menang yang dilihat tidak terlepas dari penggalakan dan perhatian pemimpin kedua-dua negara. Ketika Presiden Xi Jinping menjalankan lawatan ke Singapura pada tahun 2015, kedua-dua negara menetapkan hubungan perkongsian kerjasama komprehensif. China bersedia bersama-sama dengan Singapura melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, memperkukuh rasa saling mempercayai dalam bidang politik, dan menyelaraskan strategi pembangunan masing-masing. Serentak itu, menjadikan mekanisme termasuk Jawatankuasa Bersama Kerjasama Bilateral China-Singapura memainkan peranan yang baik, mengintensifkan pelaksanaan projek mega dalam kerjasama bilateral, giat menggalakkan kerjasama dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), dan memperhebat kesalinghubungan, kerjasama kewangan serta kerjasama tiga pihak supaya dapat mendorong hubungan bilateral terus berkembang.

Teo Chee Hean pula menyatakan, Singapura amat mementingkan hubungan dengan China, sentiasa menyokong perdagangan bebas, bersedia terus mempertingkat kerjasama dalam rangka B&R dan mendorong kerjasama pragmatik kedua-dua pihak membuahkan hasil terus-menerus. 
 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
曹捷