Xi Jinping Tegaskan Pembangunn Politik PKC

2018-07-01 14:37:10  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) telah menganjurkan sesi pembelajaran secara berkumpul tentang meningkatkan pembangunan politik PKC. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping telah mempengerusikan sesi pembelajaran itu dan menyampaikan ucapan.

Beliau menegaskan bahawa parti politik yang menjunjung Maxisme mempunyai cita-cita politik yang tinggi, mengejar politik yang mulia, dan memiliki kualiti politik yang bersih serta disiplin politik yang ketat. Kalau sifat majunya pada aspek politik hilang, PKC tidak dapat lagi digelar sebagai parti yang maju atau bersih. Itulah sebabnya kami melihat pembangunan politik sebagai tugas asas pembangunan PKC. Pembangunan politik PKC adalah satu tugas yang berkekalan. PKC perlu mempertahankan arah politik dengan tepat, mengekalkan pimpinan pada aspek politik, mengukuhkan asas politik, mewujudkan persekitaran yang sihat pada aspek politik, mencegah risiko politik, mengekalkan manifesto politik asalnya, meningkatkan kemampuan politik dan menyediakan jaminan demi perkembangan PKC yang menuju ke arah cemerlang.


 

曹捷