Xi Nasihat Belia China Kejar Impian

2018-07-03 14:36:15  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123068693_15305408851961n

Presiden China, Xi Jinping menasihatkan golongan belia China berusaha gigih untuk mengejar impian mereka.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China memberikan nasihat itu ketika bertemu dan berbual-bual dengan kumpulan pemimpin baharu Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda Komunis China(CYLC) di Beijing petang semalam.

Beliau berkata, jika generasi muda mempunyai cita-cita tinggi, keupayaan dan bertanggungjawab, maka negara dan bangsa pasti mempunyai masa depan yang gemilang.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang dilantik pemimpin CYLC penggal baharu. Katanya, jawatankuasa pusat PKC amat mementingkan pembinaan golongan belia dan telah memperkenalkan rancangan pembangunan belia yang pertama di negara ini.

Xi mengingatkan golongan belia supaya rajin belajar, meningkatkan daya kreatif, dan berusaha bersama rakyat seluruh negara bagi membangunkan negara.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
胡星