Letupan di Jawa Timur, Budak 6 Tahun Cedera Parah

2018-07-06 13:13:11  CRI
Share with:

Seorang kanak-kanak berumur 6 tahun cedera parah dalam insiden letupan yang berlaku di sebuah kampung di Jawa Timur, Indonesia pada pukul 11.30 pagi semalam.

Seorang suspek, lelaki bernama Abdullah, sedang diburu polis.

Lapor media tempatan, letupan berlaku di rumah suspek di kampung Pogar, daerah Pasuruan. Rumahnya tidak rosak terus kerana letupan kurang kuat. Suspek disyaki membawa bahan letupan di dalam beg ketika melarikan diri dari tempat kejadian.

Maklum polis, Abdullah sebelum ini tidak disenaraikan sebagai anggota pengganas. Bagaimanapun, suspek dipercayai telah terpengaruh dengan ideologi ganas dan ekstrem berdasarkan buku yang ditemui di rumahnya.

梁靓