Xi Jinping Utus Kawat Tahniah kepada Forum Eco Global Guiyang

2018-07-07 14:55:52  CRI
Share with:

Sidang tahunan Forom Eco Global Guiyang 2018 dirasmikan di bandar Guiyang, provinsi Guizhou, China. Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada forum ini.

Xi dalam suratnya berkata, tamadun ekologi berkaitan rapat dengan masa depan umat manusia. Membina kampung halaman yang hijau merupakan impian bersama rakyat pelbagai negara. Masyarakat antarabangsa hendaklah mempergiat kerjasama untuk menubuhkan sistem ekologi yang menghormati alam sekitar dan menggalakkkan pembangunan mampan.

Forum ini membantu pelbagai peserta meningkatkan persefahaman dan memperkukuh kerjasama supaya menggalakkan pembangunan tamadun ekologi global.

Xi menekankan bahawa China amat mementingkan perlindungan alam sekitar dan mengamal konsep pembangunan mesra alam. China komited menyumbang kepada pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan mewujudkan dunia yang cantik dan bersih.

覃淼