4 Remaja Terperangkap Diselamatkan

2018-07-09 14:30:05  CRI
Share with:
Empat remaja yang terperangkap di dalam gua Tham Luang, Chiang Rai sejak dua minggu lalu berjaya diselamatkan setakat malam semalam. 

Gebenor Chiang Rai, Narongsak Osotthanakorn dalam satu taklimat memaklumkan, operasi menyelamat dimulakan pada kira-kira pukul 10 pagi semalam. Lapan lagi remaja dan jurulatih mereka yang masih terperangkap dijangka akan dipindahkan keluar dalam masa 20 jam mengikut keadaan kesihatan mereka. 

Pada 23 Jun lalu, pasukan bola sepak remaja seramai 12 anggota berusia antara 11 hingga 16 tahun dan jurulatihnya yang berusia 25 tahun terperangkap selepas gua yang diterokai mereka dinaiki air susulan hujan lebat.

Ketua Jabatan Kesihatan Chiang Rai, Tossathep Boonthong yang juga menyertai kerja menyelamat berkata, mereka yang dikeluarkan kemudiannya diperiksa di hospital.

China, AS dan beberapa negara lain telah menghantar pasukan penyelamat untuk membantu operasi mencari dan menyelamat.
 

 

张哲