China, Dunia Arab Naik Taraf Ikatan

2018-07-10 15:34:46  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123104984_15312070070741n

China dan negara-negara Arab bersepakat menjalin perkongsian strategik berlandaskan kerjasama holistik, pembangunan bersama dan berkongsi masa depan. 

Demikian diumumkan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam ucaptama pada perasmian mesyuarat peringkat menteri ke-8 Forum Kerjasama China-Negara Arab di Beijing hari ini.

Xi menyatakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China disokong luas dan disertai aktif oleh  masyarakat antarabangsa termasuk dunia Arab. 

图片默认标题_fororder_1123104984_15312070071521n

Negara-negara Arab yang berada di titik pertemuan Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, rakan kongsi semula jadi bagi China untuk bersama-sama membangunkan B&R. 

Pembangunan B&R turut memangkin hubungan antara China dengan dunia Arab, sekali gus melonjakkan ikatan kerjasama ke tahap baharu. 

China bersedia meningkatkan penyelarasan strategi dan tindakan dengan dunia Arab, serta sinergi dalam membangunkan B&R. 

China dan negara-negara Arab selaku pemain penting di pentas antarabangsa, hendaklah membuka jalan baharu yang membawa kepada kebangkitan Asia Barat. 

Menyentuh isu Palestin, Xi menyeru semua pihak terlibat mematuhi konsensus antarabangsa dan menangani isu tersebut secara adil.

Beliau mengulangi sokongan China terhadap usaha memecahkan kebuntuan rundingan Palestin-Israel berdasarkan "penyelesaian dua negara" dan Inisiatif Keamanan Arab.

张哲