Switzerland Rayu kepada WTO

2018-07-11 14:48:41  CRI
Share with:

Switzerland mengemukakan rayuan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung tarif tinggi yang dikenakan AS terhadap produk keluli dan aluminium. 

Jabatan hal ehwal ekonomi Switzerland dalam satu kenyataan berkata, tarif baharu AS dengan alasan "keselamatan negara" adalah tidak berasas.

Pada Mac lalu, Switzerland telah berunding dengan AS untuk mendapatkan pengecualian. Permohonan yang diajukan kemudian tidak mendapat respons. 

Susulan itu, rayuan dibuat supaya isu berkenaan diselesaikan di bawah  mekanisme penyelesaian sengketa WTO.

Menurut peraturan WTO, Switzerland berhak meminta isu itu didengar panel pakar WTO sekiranya rundingan selanjutnya dengan AS gagal berhasil.

张哲