Jerayawara Filem China-Kemboja Buka Tirai

2018-07-11 11:58:08  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_3dc540050466

Majlis perasmian Minggu Filem China dan jerayawara filem China dan Kemboja  ke-3 diadakan di Phnom Penh semalam. 

Pegawai kanan kerajaan Kemboja dan lebih 600 rakyat tempatan hadir menonton filem China yang dialih kepada bahasa Khmer.


图片默认标题_fororder_705dad1455c0

Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Men Sam An  dalam ucapannya menyatakan bahawa Minggu Filem China membolehkan rakyat Kemboja menyelami budaya China, sekali gus mempererat ikatan persahabatan. 

Melihat kepada sambutan hangat pelbagai lapisan masyarakat tempatan terhadap jerayawara filem sebelum ini, beliau berharap acara tahun ini juga diadakan dengan jayanya.

图片默认标题_fororder_09501bfc58d0
 

Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo pula menyatakan bahawa filem banyak membantu meningkatkan persefahaman dan interaksi budaya antara rakyat. 

Jerayawara yang juga dikenali sebagai "panggung wayang luar" itu telah tiba di kampung, sekolah, komuniti, kem tentera dan zon ekonomi khas di 14 wilayah Kemboja, memberi peluang kepada 40 ribu rakyat tempatan menikmati 10 filem unggul dari China. 

Aktiviti tersebut telah menjadi ikon program pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara.

Minggu Filem China selama lima hari, aktiviti penting sempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Kemboja. 

Setelah Phnom Peh, jerawayara tahun ini akan membawa filem-filem unggul dari China ke Ratanakiri dan Mondulkiri untuk ditayangkan secara percuma.

张弘