Malaysia Mahu Hubungan Baik dengan China Kekal

2018-07-11 17:46:34  CRI
Share with:

Kerajaan baharu Malaysia mahu hubungan baik dengan China dikekalkan.

Demikian ujar Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin dalam Forum Kerjasama Selatan-Selatan pada Era Baharu Asia yang diadakan di  Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur semalam.

Beliau menyatakan persahabatan tradisional antara Malaysia dengan China umpama "air dicincang tidak akan putus".

Malaysia dan China harus terus berpegang pada prinsip saling percaya dan saling hormat demi situasi saling menguntungkan.

Syarikat kedua-dua negara disarankan bersama-sama meneroka pengkomersialan teknologi dan membuka pangkalan industri bagi mencipta lebih banyak peluang kerja.

Yeo turut menyarankan pertukaran akademik dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi, perlindungan alam sekitar dan perubahan iklim dirancakkan.

Beliau berharap syarikat Malaysia dan China menggalakkan pelaburan antara satu sama lain untuk meningkatkan daya saing dan mewujudkan pembangunan bersama.

 

 

张薇